Terma Penggunaan

Terma ini terpakai kepada penggunaan FM Tech Invoice ("Perkhidmatan") yang disediakan oleh FM Tech ("kami").

1. Lesen

Selepas bayaran penuh, anda mendapat hak untuk menggunakan Perkhidmatan bagi bilangan syarikat mengikut pakej yang dibeli. Akaun adalah untuk kegunaan anda dan bisnes anda sahaja, dan tidak boleh dijual semula.

2. Akaun

Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan password anda dan semua aktiviti di bawah akaun anda. Maklumkan kami segera jika akaun anda digunakan tanpa kebenaran.

3. Kandungan anda

Semua maklumat syarikat, pelanggan dan dokumen yang anda masukkan adalah milik anda. Anda bertanggungjawab memastikan maklumat itu tepat dan sah di sisi undang-undang. FM Tech Invoice bukan sistem e-Invois LHDN (MyInvois). Anda bertanggungjawab mematuhi keperluan cukai dan e-Invois bisnes anda.

4. Penggunaan yang dilarang

Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan untuk penipuan, dokumen palsu, atau aktiviti yang menyalahi undang-undang Malaysia.

5. Ketersediaan

Kami berusaha memastikan Perkhidmatan sentiasa tersedia, tetapi tidak menjamin ia bebas daripada gangguan. Kami mungkin melakukan penyelenggaraan dari semasa ke semasa.

6. Had liabiliti

Setakat yang dibenarkan undang-undang, liabiliti kami terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk Perkhidmatan.

7. Penamatan

Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini. Anda boleh memohon untuk memadam akaun anda pada bila-bila masa melalui email sokongan.

8. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Hubungi

support@getfmtech.com

Dikemas kini: 25 Oktober 2026