FM Tech Invoice

Invois siap di telefon. Terus hantar ke WhatsApp.

Isi maklumat syarikat sekali. Lepas tu, setiap invois dan sebut harga siap dalam seminit, lengkap dengan logo anda, dan dihantar sebagai PDF.

Sekali bayarTiada yuran bulananData selamat di cloud

Cara guna

Tiga langkah, setiap kali.

1

Isi syarikat sekali

Nama, logo, alamat dan akaun bank. Disimpan untuk semua invois akan datang.

2

Tulis item & harga

Jumlah, diskaun dan SST dikira sendiri. Nombor invois naik automatik.

3

Kongsi PDF

Tekan Buat PDF, kemudian kongsi terus ke WhatsApp, email atau simpan ke Files.

  • Invois & sebut hargaTukar sebut harga jadi invois dengan satu tekan.
  • Beberapa syarikat, satu akaunPilih syarikat sebelum buat invois. Sesuai untuk yang ada lebih dari satu bisnes.
  • Cop "PAID" & status bayaranTahu siapa dah bayar, siapa belum.
  • Laporan jualan bulananJumlah dibayar dan belum bayar, ikut bulan dan syarikat.
  • Buka di mana-mana telefonData di cloud. Tukar telefon pun invois lama masih ada.
  • Logo & warna sendiriInvois nampak profesional, ikut jenama anda.

Pakej

Sekali bayar. Guna selamanya.

Bezanya cuma bilangan syarikat yang boleh disimpan. Semua ciri sama. Boleh naik taraf kemudian dengan bayar beza harga.

Maklumat anda

Link log masuk akan dihantar ke email ini selepas bayaran.

Bayaran selamat melalui CHIP (FPX, kad, e-wallet). Dengan membeli, anda bersetuju dengan Terma dan Polisi Bayaran Balik.

Apa yang anda dapat

Pakej Pro: simpan sehingga 3 syarikat.

Invois & sebut harga tanpa had, PDF ke WhatsApp, laporan jualan bulanan, data di cloud, dan kemas kini percuma.

Jumlah: RM79

Soalan lazim

Sebelum anda beli

Ada yuran bulanan?

Tiada. Bayar sekali dan terus guna.

Perlu download app?

Tidak. Buka getfmtech.com/invoice di Safari atau Chrome, kemudian pilih "Add to Home Screen" supaya ia jadi ikon macam app biasa.

Boleh guna di lebih dari satu telefon?

Boleh. Log masuk dengan email dan password yang sama. Data disimpan di cloud, jadi semua telefon nampak invois yang sama.

Kalau tukar telefon, invois lama hilang?

Tidak. Data anda di cloud. Log masuk di telefon baru dan semuanya ada.

Boleh naik taraf pakej nanti?

Boleh, di tab Akaun dalam app. Anda cuma bayar beza harga, contohnya Solo ke Pro RM30.

Adakah ini sistem e-Invois LHDN (MyInvois)?

Tidak. FM Tech Invoice menghasilkan invois dan sebut harga PDF untuk pelanggan anda. Ia tidak menghantar data ke MyInvois LHDN. Semak dengan akauntan anda sama ada bisnes anda perlu e-Invois.

Saya dah bayar tapi tak terima email?

Semak folder Spam atau Promotions. Jika masih tiada, emel support@getfmtech.com dengan nama dan nombor telefon anda.