Polisi Bayaran Balik
Kami mahu anda yakin sebelum membeli. Sila cuba demo percuma dahulu.
Jaminan 7 hari
Jika FM Tech Invoice tidak sesuai untuk anda, emel kami dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian untuk bayaran balik penuh. Akaun akan ditutup selepas bayaran balik.
Cara memohon
Emel support@getfmtech.com dengan email pembelian dan nombor telefon anda. Bayaran balik diproses ke kaedah bayaran asal dalam 7 hingga 14 hari bekerja.
Naik taraf pakej
Bayaran naik taraf boleh dipulangkan dalam masa 7 hari, dan pakej akan dikembalikan ke pakej asal.
Selepas 7 hari
Bayaran tidak dipulangkan selepas 7 hari, kecuali Perkhidmatan tidak dapat digunakan disebabkan kesilapan kami.
Dikemas kini: 25 Oktober 2026