FM Invoice
Invois dan sebut harga profesional, siap dalam seminit terus dari telefon.
- PDF terus ke WhatsApp pelanggan
- Sehingga 5 syarikat dalam satu akaun
- Bayar sekali, invois tanpa had

FM Tech · GET FM TECH ENTERPRISE
Kami membina apps yang mudah untuk urusan harian perniagaan. Setiap satu diguna dahulu dalam operasi kami sendiri, sebelum ditawarkan kepada anda.
Cerita kami
FM Tech bermula dari dapur kami sendiri.
Kami menguruskan beberapa cawangan F&B. Setiap hari kami bergelut dengan sistem yang tak ikut cara kerja kami: invois yang perlu langganan bulanan, POS yang mahal, dan apps yang dibina untuk kedai orang lain, bukan untuk kedai kami.
Kami cuba cari programmer untuk bina apps F&B ikut keperluan sebenar. Sukar mendapatkan yang benar-benar faham operasi kedai makan.
Pernah sekali, kami tunggu 7 hari semata-mata untuk satu balasan WhatsApp daripada programmer. Masa itulah kami putuskan: kami akan bina sendiri, dan kami takkan biarkan pelanggan kami menunggu macam itu.
Setiap app FM Tech diguna dahulu dalam perniagaan kami. Bila dah terbukti memudahkan kerja kami, baru kami tawarkan kepada peniaga lain, dengan harga yang jujur dan cara guna yang mudah.
Apa yang kami bina
Mula dengan masalah kecil yang membuang masa, kemudian selesaikan dengan cara paling mudah.
Invois dan sebut harga profesional, siap dalam seminit terus dari telefon.

Berminat? Daftar minat dan kami akan hubungi anda bila app sedia, atau bila kami perlukan peniaga untuk mencuba lebih awal.
Kaunter dan pesanan online dengan satu menu. Pesanan terus ke kedai.
Pelanggan pesan dan bayar terus dari telefon, dengan penghantaran ke rumah.
Kenali pelanggan tetap, simpan sejarah pembelian dan hantar tawaran yang sesuai.
Pembantu jualan WhatsApp yang menjawab soalan pelanggan 24 jam.
Clock in dan clock out dari telefon, dengan semakan lokasi.
Imbas resit pembekal dan dapat notifikasi bila harga naik atau turun.
Jadualkan menu dan promosi di TV kedai tanpa tukar USB.
Tukar gambar makanan biasa jadi gambar menu yang menarik.
Cara kami bekerja
01
Tiada app dijual sebelum ia memudahkan kerja kami dalam operasi sebenar.
02
Direka untuk telefon. Boleh mula guna tanpa latihan panjang.
03
Harga jelas sejak awal. Tiada caj tersembunyi, tiada kontrak mengikat.
Ceritakan kepada kami. Mungkin itulah app seterusnya yang kami bina.
Hubungi
Soalan tentang produk, cadangan app, atau sekadar nak berkenalan. Balas biasanya pada hari yang sama.